Pages

Friday, November 23, 2012

SIAPA ITU D.A.J.J.A.L .?

  
Jumaat lepas ,aku berchatting dengan seseorang yang aku suka dan bercerita di dalam Fb.Bagaimana aku jumpa dan kenal beliau.next post..skrg kita fokus kt post yg ni..layak aku gelar dia seperti pembimbing aku ke jalan Allah s.w.t.Aku perlukan pembimbing seperti dia untuk kenal more about islam.seriously agama aku masih di tahap merisaukan.tapi kita manusia kan?so keep learning about islam..pelan -pelan kayuh.aku panggil dia 'uncle'.Seorang berprinsip dan tegas.baru seminggu kenal.dah aku kena marah.haha.ok stop..dah mula melalut ke laut ;P..everday juga lah aku berchatting dengan dia tanya about anything..
So jumaat lepas aku diberikan TASK.!ya task .Task tentang akhir zaman ,gothchild Dajjal ,imam mahdi , Islamic Estacology...so ada part yang aku tak penah dengar langsung apa yang  dimaksudkan..so apa lagi mr google la penyelamat dan hey!!aku learn something new.banyak maklumat ..so sebelum nak jadikan bahan rujukan untuk dibahaskan ..kena prepared la apa yg aku cari kan...so for first  episod kita bercerita tentang DAJJAL?WHO DAJJAL??
My first thinking about Dajjal :
-BOROI
-MATA SATU
-PEROSAK KETIKA AKHIR ZAMAN
-TURUN MASA DEKAT KIAMAT
-PENGHASUT KE ARAH KESESATAN
Dan selepas searching sampai ke pagi aku dapat yg sebetulnya kat bawah ni :
  


Siapakah Dajjal?
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.

Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.

Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.

Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.

Berapa lama Dajjal bermaharajalela?
Dalam hadis diceritakan:
Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia bermaharajalela di bumi?
Baginda s.a.w. menjawab “Empat puluh hari – Hari yang pertama: panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua: panjangnya seperti sebulan. Hari yang ke tiga : panjangnya seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa”
Kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah sembahyang sehari semalam memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda, : “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu mengikut kadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Gelaran Al Masih
Semasa Dajjal bermaharajalela, Allah akan menghantar Nabi Isa Al-Masih turun di menara putih di timur Damsyik (Syria). Dajjal juga dikenali dengan Al Masih, yang bermaksud banyak berjalan, Dajjal banyak berjalan untuk menyesatkan manusia. Dajjal dan pengikutnya tidak boleh memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua bandar suci ini dikawal oleh malaikat setiap kali mereka menuju ke sana, dipusingkan badan mereka ke arah lain.
Pada masa itu juga berlaku “zalzalah” (gempa bumi) sehingga ada penduduk Madinah yang tidak tahan lalu keluar dari situ. Akhirnya mereka menjadi mangsa Dajjal.
Seperti ditulis sebelum ini, Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa yang akan turun selepas Imam Mahdi:



 kat bawah ni penjelasan melalui youtube.penjelasan yg lebih memahami apa itu DAJJAL ?Kat atas mungkin penerangan agak kurang.so sila lihat video kt bawah ni .
 
Insyallah penerangan video kat atas dapat kita lebih memahami apa itu DAJJAL.

aku turut sertakan beberapa link yg aku searching about dajjal :

Kesimpulan tentang apa aku searching dan baca tentang dajjal ni,ia dah semakin dengan kita.peperangan ,perbalahan sesama kita dah kerap berlaku sekarang.apa persiapan kita agaknya ?tepuk dada tanya iman.

p/s:MAAFKAN aku kalau aku terkurang atau kesilapan masa aku menterjemahkan entry ini.semoga ada yang dpt membetulkan kesilapan yang aku lakukan.yang buruk datang dari aku,yang baik datang dari Allah s.w.t.Alhamdulillah.Tercungkil satu episod tentang Dajjal..so episod seterusnya tentang IMAM MAHDI.Menyambung mencari kekuatan islam.

Wasalam
radzey rahman.




No comments:

Post a Comment