Pages

Friday, November 23, 2012

HERO ISLAM :IMAM MAHDI




Assalamuailakum.second entry for this nite.jam menunjukan pukul 2 :04 am..walaupun tangan sebelah dah bengkak macam bom.tapi still tak leh tidur dan sakit menanggung keperitan .adusss (nada sedih)..

Typing sebelah tangan but still semangat nak tahu hero akhir zaman.kalau kita tengok filem-filem melayu or hindustan kan,mesti ada orang jahat dan baik kan?So disini episod untuk penerangan tentang IMAM MAHDI.Aku cuba share dan memahami apa itu kisah yang akan terjadi pada akhir zaman nanti..mungkin entry ini tidak lengkap tapi kita saling memerlukan kan?kan?? so aku searching again dengan bantuan mr google yang kacak !tet!!kalau aku nak citer tentang imam mahdi .mmg penuh blog ni.so apa yang aku baca dan faham aku shortkan story dia kepada point.lebih faham dan tak bosan ....jom kenali IMAM MAHDI ;)

IMAM MAHDI ?SIAPA?DATANG DARI MANA?Semua akan aku lengkapkan di dalam entry ini.Insyallah ;)


  •  Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
    Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk
  • seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
  •  Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
  •   mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:
  •  Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku
  •  Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad).

    Kepemimpinan Imam Mahdi

    Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
    Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.
    Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.
    Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.
    Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.
     

    SO aku godek la utube nak tengok apa yang aku dapat dari penceritaan imam mahdi.so kat bawah ni aku jumpa satu video.mungkin kita kena baca atau memahami banyak cerita yang berkenaaan IMAM MAHDI ni.aku still searching tentang episod ni dan memang banyak pengolahan cerita yang perlu kita betul- betul faham.senang cerita Imam Mahdi ni penyelemat umat islam di akhir zaman .kehebatan beliau dengan Nabi Isa a.s akan menyebabkan Dajjal terkandas.kena baca banyak lagi tentang imam mahdi ni..serius aku nak faham dalm masa 2 3 jam pun sukar..apa yang aku baca,ramai manusia zaman sekarang mengaku mereka IMAM MAHDI.jika nak penjelasan lebih elok ,kita sendiri kena mencari ilmu tentang ini.ini lah kesimpulan yang mampu aku buat untuk masa aku typing entry ni





     


     
     Video kat atas ni salah satu video yang aku tengok dan apa isi kandungan dia?kita sama-sama tengok..insyallah ada ilmu di dalam video ni.
     
    thanks encik wikipedia!
     
    adakah nanti kita akan menjadi penyokong dan penguat semangat IMAM MAHDI ?..........ask ur iman...
     
    Wasalam 
    radzey rahman .   
     
     
     

2 comments:

  1. info sgt menarik mngenai imam mahadi..enjoy bce !

    dh follow sni..follow blog kte jgk ea :)

    ReplyDelete
  2. thanks about ur comment..saya akan follow..please tell ur another friends about my blog..im a new one in blogger sites.wasalam

    ReplyDelete