Ketika aku menunggu traffic 'lite' mengeluarkan warna hijau,aku pandang sekeliling bandar yang baru hendak membangun.Pesat dalam seketika .Sekelip aku melihat manusia berpusu-pusu mengatur hidup.Ada yang mahu menambah nikmat dunia,ada yang mengikut peraturan dunia.Ada yang berlawan dengan fikiran yang nyata.Apa yang pasti mereka juga manusia.
Tq encik Google ;) |
Lampu sudah hijau ,saat perjalanan bermula.Tinggalkan dunia buat seketika ,mencari di mana rumah yang bisa aku jatuhkan lutut untuk meyembah yang Maha Esa.Takbir diangkat menandakan dunia dan usia kita semakin dekat dengan Dia.Pengampunan beriring airmata ku pinta,moga-moga apa yang dihajati dan dimahukan dipenuhi ,tetapi apa yang aku harapkan bukanlah yang dipenuhi tapi sekadar keperluan.Keperluan yang sudah cukup aku katakan ia sebagai anugerah.Alhamdulillah.
encik google lagi ;) |
Kita terlupa pemberian kebahgian kepada kita membuatkan kita rasa kita ada hak seratus peratus,padahal ia hanya sementara.Terima kasih kepada Sang Pencipta kerna berikan kita nyawa dan tubuh badan untuk kita mengejar amalannya.tapi kita sering terleka dengan kebahgian dunia yang akan membawa kepada kekecewaan yang nyata.Kalau biasa orang kata ,aku ini seorang pelupa kepada hal dunia.Pantas patutkah aku ajukan soalan kepada mereka kembali ,adakah engkau seorang yang tauhid ke jalan tuhan yang esa?atau tauhid engkau kepada dunia?Manusia adalah manusia.
persahabatan yang indah adalah persahabatan yang datang dari keikhlasan |
Jika sejarah kehidupan menjadi pengukur kepada hal hal pada masa hadapan,aku percaya dia lah orang yang rugi kerana sejarah itu tetap akan jadi sejarah,manakala kehidupan hariannya akan jadi pengalaman .ketika ini sejarah negara islam di dalam ambang kemusnahan,tetapi kita masih terleka ,masih mengejar dunia,walhal kita hampir dijajah.Dijajah dengan nafsu kita yang seluas alam ,sekecil pahala.Mampukah kita bersyukur dengan ANUGERAH Allah ini?Hanya kita mampu berikan jawapan kepada penceritaan kehidupan kita sendiri ..
Wasalam.
(Radzey rahman)
Wasalam.
(Radzey rahman)
nice entry !
ReplyDeleteayat ni mmg bermakna "Terima kasih kepada Sang Pencipta kerna berikan kita nyawa dan tubuh badan untuk kita mengejar amalannya.tapi kita sering terleka dengan kebahgian dunia yang akan membawa kepada kekecewaan yang nyata."
semoga kita sentiasa di dalam rahmatnya dan sentiasa memohon doa dariNYA..
anyway, thnx sudi folo blog nana yang x seberapa tu..
terima kasih .anugerah Allah yang kita kerap terleka.sama -sama kita kuat rohani dan jasmani ke jalan Allah.terima kasih kerana komen.saya hargai.saya masih baru di dunia blog ini.bagaimana hendak menambah follower?maaaf,saya masih belajar dgn blog ini.harap sudi membantu .salam
ReplyDeleteAssalamualaikum :D
ReplyDeletesaya ada tag awak sini : http://bebeh-ocha.blogspot.com/2012/11/end-year-giveaway-by-fatin-alyaa.html
join laa yaa ? mnatau rezeki awak. ehem kalau awak nak tambah follower, try laa join segmen :D
tq...thanks...ameen ;)
ReplyDelete