Pages

Monday, July 9, 2018

ABAH

Aku write up pada pukul 3.20 pagi tarikh 10/07/2018


kali ni story aku lebih fokus pada seorang lelaki yang aku kenal 4 tahun lepas d hospital kerajaan .
Ayah aku meninggal waktu aku masih mencari diri aku aroung 5 years ago .lepas ayah aku meninggal ,aku yang jaga arwah mak aku ,masuk keluar hospital ,pampers dia ,ubat dia malah mandi cuci berak included sekali jagaan mak aku ni .But rezeki aku waktu jaga mak aku ??memang murah .Allah beri aku nikmat mcm mcm .Tapi tu bukan story mak aku kalini .Tapi aku nak story mcna aku kenal seorang lelaki yang bukan bapa kandung aku tapi aku panggil "ABAH ".


Titik Pertemuan :

Waktu tu aku masih ingat ,mak aku admit wad di hospital dan "pakcik" pun kena admit wad juga .tak salah sebab jantung kot .Waktu tu mak aku nk tukar wad dan around magrib urusan mak aku nak pindah wad tk selesai lgi,jadi aku p surau di area wad berdekatan dengan mak aku . Waktu aku masuk bilik surau tu ada seorang "pakcik " yang sedang imam kan few people dalam tu dan aku pun solat mcm biasa .Tapi bila dia mula baca surah untuk rakaat kedua ,hati aku tersentuh beb .hati aku rasa mcm dekat dan sedih gila .Hati aku membuak buak nak kenal "pakcik" tu .


Habis solat saja ,aku pun cari idea la mcna aku nk tegur "pakcik" ni .Aku jalan sebelah dia dan aku pun borak kosong dan aku p ke katil wad dia ..senyuman dia memang rasa mcm pakcik baiknya ..untung anak dia ...tapi lepas aku kenai subhanallah ! haha ( joking ) .

Dan sejak malam tu aku keep contact dia pelan pelan ...dia pun layan je lah anak yatim ni ..
Aku percaya bila aku sabar dan aku cuba mendekati dia untuk kebaikan ,Allah permudahkan ..Aku dapat panggil dia dengan panggilan "Abah" selepas hampir 1 tahun aku kenal dia ..Seronok wei ..seronok gila .aku bru rasa nikmat ada bapa ..memang lain mcm ..aku seronok dan life aku pun mula teratur dan aku banyak dengar nasihat teguran dan marah dia kt aku ..


Bagi aku bila arwah ayah aku tkdak aku tk sempat berbakti kepada dia .Bila Allah berikan aku peluang untuk aku berbakti pada abah ,aku tk sia siakan .aku buat terbaik untuk abah.. aku hargai dia ,aku kerap bergaduh juga tapi gaduh aku tu lah buat hubungan bapa anak makin kerap .


Sekarang status abah tu nak bertukar kepada abah sebenar selepas aku bertunang dengan anak perempuan dia .Fulamak mcm filem .tapi mesti ada klimaks story juga. Bakal bini aku ni dulu cukup meluat dengan aku sebab depa dok sangka nak ambil mak pak depa ..padahal mak depa sayang aku lebih ( ni kalau tunang aku baca confirm bara ) hahaha .

Alhamdulillah ,ni mungkin last entri aku update blog aku untuk kali ni .dan penutup dia aku post entri tentang abah aku .KESAYANGAN AKU .KEKUATAN AKU ,TEAM GADUH AKU .DIA HERO AKU .

TERIMA KASIH ALLAH BERIKAN ABAH KEPADA AKU .
TERIMA KASIH

FIFA 2018

DEMAM BOLA SEPAK SUDAH MAI DAH !!


Hai uals .. kali ni abunk nak post tentang world cup yang diadakan di Rusia nohh ...Team feveret abunk kali ni Belgium dengan Portugal tapi sayang Portugal dah cabut awai dah ..Habis lah Ronaldo Kali ni .hehe 

Tapi Belgium still dalam radar lagi .next match akan bertemu France kot ( Semi final ) .

Hope so akan  p final lawan England or Croatia ..

Kali ni suram sikit world cup sebab byk team gergasi sebelum ni tak masuk ..mcm ...

ITALY 
CHILE 
WALES 
BELANDA 
MALAYSIA ( OPPPSSS dalam mimpi) ..


Apa yang abunk nak isu sekarang mcna team Belgium boleh masuk world cup dan lani tak salah ranking dunia no 4 kot ..
Jawapan dia adalah ,team belgium ni prospek muda depa cun .contoh forward depa lukaku ,nampk tua tapi umur dlm 27 mcm tu .fitness tengah memuncak. 
tengah defence sampai lah ke goalkeeper .semua boleh katakan star yang memang fitness depa 100 % cun ...

nak mudah hampa tengok mamat bawah ni review tentang belgium .sempoi cara dia olah .

layan ..



Saturday, July 7, 2018

TIPS HADAPI PEPERIKSAAN

* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya adik-adikku !! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)


PRU14 Di Seluruh Malaysia

Actually aku dulu tak pernah ambil port langsung pasal politik Malaysia ni .Serius sebab apa? sebab aku tengok politik malaysia ni tak berapa bersih dan masig masing ada agenda sendiri .Tapi kali ni aku saya nak masukan entry bab PRU14 baru baru ni dan aku dah agak ,PH (Pakatan Harapan) akan take over .

Satu perkara yang aku nampk dan my own opinion ,reason kenapa Umno kalah ,tentang isur GST yang boleh katakan rakyat memang marah dan terasa sangat beban .Terutama golongan rakyat marhaen ni .

Betul rakyat memang terseksa bawah naungan Najib razak .kos sara hidup naik .yang kaya lagi kaya ,yang susah lagi susah.

Sama sama doakan semoga pentadbiran baru dan Hero kita ,Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melaksanakan tugas dan kepercayaan rakyat .




BUSINESS MANAGEMENT AT UUM

Salam ,

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt ,beri aku peluang kedua untuk aku merasa dan menuntut indahnya ilmu .

My education way tak macam orang lain..sampai kena expell from school .Alhamdulillah aku bersyukur selepas berhempas pulas ambil sijil dan diploma dan sekarang tengah fight Degree .Yes if my mom nampak usaha aku ,mesti dia bangga sebab aku pernah kecewakan mak aku waktu sek menengah .


So sekarang aku di dalam tahun pertama ,banyak lagi perlu di perkemaskan dan sebenarnya degree aku ambil ni out of campus .So easy nak manage business dan stdy aku ( tapi assigment taik juga ) hehe ..



So di bawah ni aku copy sikit background PJJ UUM dan kalau hampa nak tau lebih lanjut or berminat nak apply sambung stdy di sini ..Please click below and check out lates news from UUM ( UNIVERSITI UTARA MALAYSIA )

http://pace.uum.edu.my/index.php/theme-features/latar-belakang

PENGENALAN
PACE ditubuhkan pada 1 April 1999 bagi menyediakan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mencapai tahap kelululusan yang lebih tinggi. PACE mempunyai tiga (3) unit utama iaitu : Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Unit Kerjasama & Berkembar (UKB), dan Unit Antarabangsa & Eksekutif (UAE).
VISI
Menjadi pusat pengurusan pendidikan berterusan terkemuka.
MISI
Melahirkan modal insan yang inovatif menerusi program pendidikan berterusan yang berkualiti.

MOTO

Gerbang pendidikan berterusan.
SEJARAH
Sejak 1 April 1996, Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ) yang dahulu dikenali sebagai Pusat Inovasi Pendidikan (Pusat Inovasi Pendidikan-PIP) telah menguruskan pembelajaran jarak program (PJJ) di UUM.
Walau bagaimanapun, dengan perkembangan pesat dalam sektor pendidikan, PACE telah ditubuhkan pada April 1999 , dan pengurusan UPJJ telah dipindahkan ke bawah pentadbiran PACE .
Dalam struktur yang dahulu, terdapat tiga (3) unit pentadbiran, iaitu Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ),Unit Francais dan Berkembar (UFB) dan Unit Pembangunan dan Pendidikan (UPP).
Program pertama UPJJ adalah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian BBA (Hons) pada 11 April 1998 dan program kedua adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian BPM (Hons) telah diperkenalkan kepada calon-calon. Pada 1 April 1999, Unit kerjasama dan Berkembar (UKB) yang ditubuhkan pada 3 Mei 1998 (sebelum ini di bawah Pusat Penyelidikan & Perundingan (PPP)) telah diserahkan kepada dan ditadbir oleh PACE .Ia mengendalikan program Kerjasama & Berkembar antara UUM dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS).
Selain daripada unit-unit yang sedia ada , Unit Pembangunan Korporat (UPK) juga diwujudkan untuk merancang kursus-kursus jangka pendek yang menawarkan sijil anugerah kehadiran kepada para peserta. PACE dibangunkan lagi apabila Unit Diploma Kawal Setia (UKS) telah ditubuhkan pada 15 Disember 2001 untuk menyelaras penyeliaan program-program diploma yang sebelum ini diselaraskan oleh Fakulti.
Selepas penubuhan unit pengawasan ini, program diploma yang dijalankan oleh setiap fakulti dengan kolaborasi swasta Institusi Pengajian Tinggi (IPTS) telah diletakkan di bawah pengurusan UKB.
Pada masa ini, unit-unit di bawah pengurusan PACE terdiri daripada tiga unit utama iaitu:
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Pendidikan Jarak Jauh
Program Kerjasama & Berkembar
Program Antarabangsa dan Eksekutif

IME JAYA ENTERPRISE

Alright simple and fast write up ,aku nak story sikit my background business and what im doing for today .
Ok my starting in business retail start when my brother open groceries shop di Selangor and that time aku masih lagi study and arounf form 2 .So still mentah sangat dalam dunia perniagaan yang aku ceburi ..So after my family open mart di sana ,sambutan agak dingin and finally we  closed mart disana .But that a great experience untuk aku yang betul fresh ! ...So back from Selangor family buka mart baru di Kulim Kedah .We learned for our past and we doing business very well and waktu branch bertambah and we gain experience together .
My advice yang cimput ni dalam hidup kita kena teruskan dan jangan putus asa .Every ways ada dugaan sendiri but that not a reason untuk kita mengalah .
So right now i already open 3 branch and Yes aku handle sendiri .A to  Z ...who said kita tk boleh maju? semua atas diri kita sahaja ...
So work hard to get your ambition .Adious 

Thursday, July 5, 2018

HOW TO WRITE RESUME (TRENDING VERSION )

Hi all ,

Today aku nk review sikit macamna nak buat resume and apa yang sepatutnya ada dalam resume .Susah zaman sekarang nak dapat kerja apatah lagi bila tengok resume hampa mcm belacan kan ? So aku buat fast review and example resume di bawah dan boleh usha usha tengok ..Aku pernah buat yang simple sampai 4 page ( zaman dulu dulu minta kerja 7E) 😀 sampai lah yang 1 page full colour.

Actually tak lah susah mana pun cuma hampa kena pandai godek sampai jadi elok ..mcm aku guna website graphic free then godek godek sikit dah lengkap .

Resume yang perfect mesti kena ada yang basic :


  1. Background life 
  2. background education ( Better guna SPM ke atas ) UPSR ,PMR toksah lah bubuh .
  3. background experience kerja .
  4. Kelebihan dan kekurangan hang ( bab kekuranga hang ni elak guna perkataan negatif ) .
  5. Details to contact 
  6. Bab softskill hang ( yang ni paling penting ) ...elak daripada dok buh basic microsoft jaa..

So hampa boleh buh mcm mcm lagi .
salah satu contoh .malas nak crop sebab ada real detail dlm resume ni..so ni contoh yang trending .