Pages

Monday, July 9, 2018

ABAH

Aku write up pada pukul 3.20 pagi tarikh 10/07/2018


kali ni story aku lebih fokus pada seorang lelaki yang aku kenal 4 tahun lepas d hospital kerajaan .
Ayah aku meninggal waktu aku masih mencari diri aku aroung 5 years ago .lepas ayah aku meninggal ,aku yang jaga arwah mak aku ,masuk keluar hospital ,pampers dia ,ubat dia malah mandi cuci berak included sekali jagaan mak aku ni .But rezeki aku waktu jaga mak aku ??memang murah .Allah beri aku nikmat mcm mcm .Tapi tu bukan story mak aku kalini .Tapi aku nak story mcna aku kenal seorang lelaki yang bukan bapa kandung aku tapi aku panggil "ABAH ".


Titik Pertemuan :

Waktu tu aku masih ingat ,mak aku admit wad di hospital dan "pakcik" pun kena admit wad juga .tak salah sebab jantung kot .Waktu tu mak aku nk tukar wad dan around magrib urusan mak aku nak pindah wad tk selesai lgi,jadi aku p surau di area wad berdekatan dengan mak aku . Waktu aku masuk bilik surau tu ada seorang "pakcik " yang sedang imam kan few people dalam tu dan aku pun solat mcm biasa .Tapi bila dia mula baca surah untuk rakaat kedua ,hati aku tersentuh beb .hati aku rasa mcm dekat dan sedih gila .Hati aku membuak buak nak kenal "pakcik" tu .


Habis solat saja ,aku pun cari idea la mcna aku nk tegur "pakcik" ni .Aku jalan sebelah dia dan aku pun borak kosong dan aku p ke katil wad dia ..senyuman dia memang rasa mcm pakcik baiknya ..untung anak dia ...tapi lepas aku kenai subhanallah ! haha ( joking ) .

Dan sejak malam tu aku keep contact dia pelan pelan ...dia pun layan je lah anak yatim ni ..
Aku percaya bila aku sabar dan aku cuba mendekati dia untuk kebaikan ,Allah permudahkan ..Aku dapat panggil dia dengan panggilan "Abah" selepas hampir 1 tahun aku kenal dia ..Seronok wei ..seronok gila .aku bru rasa nikmat ada bapa ..memang lain mcm ..aku seronok dan life aku pun mula teratur dan aku banyak dengar nasihat teguran dan marah dia kt aku ..


Bagi aku bila arwah ayah aku tkdak aku tk sempat berbakti kepada dia .Bila Allah berikan aku peluang untuk aku berbakti pada abah ,aku tk sia siakan .aku buat terbaik untuk abah.. aku hargai dia ,aku kerap bergaduh juga tapi gaduh aku tu lah buat hubungan bapa anak makin kerap .


Sekarang status abah tu nak bertukar kepada abah sebenar selepas aku bertunang dengan anak perempuan dia .Fulamak mcm filem .tapi mesti ada klimaks story juga. Bakal bini aku ni dulu cukup meluat dengan aku sebab depa dok sangka nak ambil mak pak depa ..padahal mak depa sayang aku lebih ( ni kalau tunang aku baca confirm bara ) hahaha .

Alhamdulillah ,ni mungkin last entri aku update blog aku untuk kali ni .dan penutup dia aku post entri tentang abah aku .KESAYANGAN AKU .KEKUATAN AKU ,TEAM GADUH AKU .DIA HERO AKU .

TERIMA KASIH ALLAH BERIKAN ABAH KEPADA AKU .
TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment