Pages

Tuesday, November 26, 2013

15/11/2013 & 15 :05 PM

Salam.

Alhamdulillah .Hanya dengan Allah aku Memohon doa munajat.

Aku teruskan penulisan tanpa mempunyai bait - bait ayat mukadimah yang panjang.Pada tarikh diatas,aku telah kehilangan seorang manusia yang diberi nama AYAH.Allah lebih sayangkan dia dan tahu hikmah dan yang terbaik untuk arwah,aku dan keluarga.

Kehilangan arwah pada masa ketika aku mencari diri sendiri ,amat perit,tapi itu dugaan yang diberikan oleh Pemilik yang Satu,supaya aku kembalikan percaya yang hidup pasti akan mati,yang kita sayang pasti akan tinggalkan kita.tiada satu pun percintaan yang akan mati bersama ,kecuali cinta kepada Allah.Itu pasti.

Ketika last day bersama arwah,aku sudah rasa sesuatu yang sukar untuk aku ungkapkan dgn kata,senang kata,perkara yang tak berapa baik akan berlaku.Bila habis solat jumaat,melihat tanah perkuburan yang berhampiran masjid,rasa sayu dan sebak.Mungkin aku makin jauh.Mimpi sebelum arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga.Lihat dia balik dalam keadaan sihat dan nampak senyum tawa arwah.Tak sangka .Bila aku pergi melawat arwah,aku melihat arwah bukan seperti selalu..percakapan yang tak berapa faham,hanya isyarat tangan ,meminta anak-anak pulang .Mungkin kemaafan untuk kali terakhir.Bila jam tepat pukul 05.15 petang,arwah pergi meninggalkan aku .Bagaikan hilang nyawa..memori lama kembali datang.Sedih dan tangisan itu ada,tapi aku perlu kawal supaya ia tidak melemahkan semangat aku untuk ke hadapan,walaupun ketika ini aku cuba dan terus cuba untuk kembali seperti dulu.Dugaan dan ujian yang diberikan amat hebat.Tetapi disebalik ujian itu Allah selitkan aku pengajaran dan pembelajaran di dunia.Belajar razey,belajar dari ujian Allah .Alhamdulillah ,arwah dah seminggu lebih ,tinggalkan aku dan keluarga.

Aku sentiasa berdoa agar ayah sentiasa berada bersama orang-orang yang beriman dan disisi Allah.Adik minta maaf ayah .Adik tak sempat nak tunjuk gambar konvokesyen dekat ayah.Adik sentiasa doakan ayah dan takkan terputus doa untuk ayah.Ayah tunggu adik di Sana.

Al-fatihah .

No comments:

Post a Comment