Pages

Wednesday, February 20, 2013

Kederat Kerikil

Assalamuailaikum.


Ketika aku pulang dari tempat pengajian.aku lalui satu selekoh yang menuju ke rumah aku.Aku perhatikan seorang manusia yang berpakaian hijau ,tertera nama syarikat di belakang baju tersebut..Ooo..orang pungut sampah..Aku perlahankan motor melintasi pakcik tersebut.


Tengahri yang panas..peluh di dahi jelas nampak di mata kasar..muka nya yang perit menolak kereta sorang yang penuh dengan muatan sampah..Kesian .itu yang mampu aku lahirkan dari hati ini.perlahan-perlahan ,bayang-bayang orang tua hilang dari cermin sisi..Dalam hati aku berkata ,jika ayah aku seorang pemungut sampah ,pasti aku suruh dia melakukan kerja yang lebih mudah dan tetapi hari ini aku sedang belajar ilmu dunia 

Dan jika ada umur panjang dan masih disayangi oleh Allah,pasti akan aku tanggung kedua ibu bapa ku supaya ,bapa ku bukan pemungut sampah...bukan penghinaan ,tetapi kesusahan ketika aku menyaksikan satu drama di depan mata aku cukup sedih.Aku bangga melihat pakcik itu mencari rezeki untuk keluarganya.Cuma aku berharap jika beliau ada anak yang remaja,moga anak beliau balas budi beliau.Penat!! ..penat aku tengok pakcik itu mengerahkan tenaga..Aku bangga beliau ada kekuatan di tengahari.Salute!!


No comments:

Post a Comment