Pages

Saturday, December 1, 2012

Awaluddin ma`rifatrullah

Assalamuailaikum

Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku siapkan entry yang terlatest tentang islam..maafkan aku kalau silap dan pentafsiran yang aku lakukan.ini hanya lah entry di mana aku olah kan kembali mengikut kefahaman aku dan 'research' yang aku lakukan(macam final project pulak kan )budjet!

Ok firstly entry ni di 'typing'kan pada pukul 2 :30 am..so kalau ada penulisan aku yg tertinggal abjad,harap di fahamkan lah kan...esok aku ada lots of work yang kena settle.Dan yang penting itu tidak memundarkan pencarian aku kepada ilmu Allah.Ok entry ni kalau tak slah aku ,second task from my uncle .Dia bagi ni supaya aku belajar agama perlahan-perlahan dan kenal agama islam dan Allah ..DANNN yang sempoinya task kali ni mmg kena la dengan tajuk nya iaitu  'Awaluddin ma`rifatrullah'.

Kalau hampa semua tak tahu apa itu 'Awaluddin ma`rifatrullah '.ni bahasa melayunya adalah :permulaan agama(Islam) itu adalah mengenal Allah.So aku highlightkan nama dan maksudnya.bagi hampa faham..First masa aku dapat tajuk ni,seriously aku tak tahu apa benda ni.so biasalah kan,mr google la penyelamat dan pemberi maklumat..memang banyak maklumat dan pentafsiran yang aku baca dan ia adalah PERKARA ASAS!dan BODOHNYA aku!!tak tahu apa benda tu..malu nya kat Allah..So start task ni diberi,aku perlahan-lahan belajar ..dan ini apa yang aku dapat dan aku simpulkan ..

1 .Ilmu  Awaluddin ma`rifatrullah kalau nak difaham kan dan mengikut pengolahan aku ,ia tentang kepercayaan kepada Allah,Ketaatan kita kepada Allah s.w.t dan yang paling penting ia mencerminkan keikhlasan sesuatu perkara yang kita lakukan untuk Allah atau sebaliknya..Allah itu wujud.itu kita percaya,tapi adakah kita yakin?itu juga salah satu faktor yang memainkan peranan kepada permulaan agama ini dan untuk mengenal Allah.Jadi untuk kita percaya kepada agama dan Allah itu sendiri kita diberikan ilmu -ilmu yang diturunkan Allah s.w.t untuk hambanya. jadi aku kupaskan satu tajuk yangbaru aku dapat untuk sokongkan lagi apa yang aku typing ni. iaitu ilmu-ilmu di dalam agam islam sendiri dan ada 3 ilmu yang penting untuk kita bahaskan kat sini iaitu :

  • usuluddin iaitu membicarakan mengenai persoalan aqidah
  •  Feqah iaitu ilmu yang membicarakan tentang persoalan hukum syarak
  •  Tasawuf iaitu membicarakan tentang persoalan akhlak islamiyah.
 Kat atas ni adalah 3 ilmu yang tidak dapat dipisahkan ..kalau hilang 1 ilmu ni akan jadi sumbang la ilmu tu ..macam irama dan lagu ,,tak dapat dipisahkan..sama juga dgn ilmu ni..3 ilmu ni kena ada di dalam diri kita sejak kita faham apa itu dunia.

 Diibaratkan seperti bangunan..usuluddin itu adalah foundationnya,bangunan rumah dan peralatan rumah itulah syariat dan akhlak..justeru itu,bangunan rumah dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan jika foundationnya tidak ada...dalam erti kata lain,usuluddin itu tapak asas sebagai seorang muslim,syariat dan tasawuf itu adalah  cabang yang mencantikkan islam seseorang..Syariat dan akhlak tiada nilai kalau aqidah seseorang rosak..

 
Jadi ilmu usuluddin ini harus kita tegakkan di dalam hal kehidupan kita tanpa rasa syak wasangka kepada Allah s.w.t .Jadi keyakinan kita kepada sang Pencipta akan lebih kukuh bukan??
 dalam tajuk awaluddin ma`rifatullah,jika amal jika kita melakukan ibadah kita tanpa kita kenal Allah SWT,maka hadiah yang akan kita berikan itu tidak akan sampai kepadaNya.Ibarat kita ingin memberi surat kepada seorang raja,tetapi kita tidak yang mana satu raja itu,maka surat itu tidak akan sampai kepada raja tersebut.mungkin kita akan berikan kepada pembesar istana yang kita anggapkan sebagai raja
Begitulah juga ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,jihad dan sebagainya akan sampai kepada Allah jika kita benar2 mengenali Allah dengan sungguh2.
 
Dan kesimpulan yang aku dapat buat tentang apa yang aku stdy sampai lewat pagi ini,Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dengan kita even kita berbuat dosa .Allah juga tidak sanggup menghukum kita selain kita yang lupa dan alpha sehingga menghukum diri kita sendiri kan?Mengenali Allah adalah perkara yang paling indah dalam dunia dan akhiray kalau kita atau diri aku sendiri ambil berat.Aku sedih dan terasa hina bila aku fikirkan kembali berapa lama aku hidup jauh dari Allah sampai aku tidak kenal Pencipta aku sendiri..Jika kita melakukan amal tapi tidak kenal Allah s.w.t ,ia hanyalah perkara yang sia-sia..dan akhir sekali.aku ingin katakan blog yang aku tulis ini bukan seratus peratus tentang agama,ia tentang kehidupan disamping aku mengenal agama aku sendiri dan pencipa aku iaitu Allah s.w.t .
 
 
Aku tahu topik yang aku bincangkan ini masih banyak tak lengkap dan aku harap kita sama-sama mencukupkan apa yang perlu dan aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.ilmu 3 serangkai yang aku notelistkan kat atas tu ia dari SIFAT 20.
 
Akhir kata aku ,jika kita kenal Allah s.w.t insyallah kehidupan kita harmoni,pembangunan dunia pon akan jadi seimbang dan makmur.dan apa yang penting pengenalan kepada Allah adalah yang teragung di dalam kehidupan kita sebagai manusia yang begitu banyak kekhilafan kita sendiri..
 
Alhamdulillah .terima kasih kerna sudi baca ilmu Allah s.w.t
 
Wasalam 
radzey rahman 

1 comment:

  1. Assalamualaikum. terima kasih berkongsi ilmu agama. saya suka baca :)

    ReplyDelete