Assalamuailaikum.
Ada ketika hati aku rasa begitu KOSONG.Kosong bagaikan tidak dapat aku nak berdiri tegak lagi sebagaimana aku yang seperti dahulu.Seperti mula-mula aku mendapat manfaat dari Allah s.wt.Betul cakap orang yang lebih beriman daripada aku.Apabila kita mendapat manfaat atau hidayah ,Allah akan uji kita dengan seberat mungkin untuk melihat kita mampukah mengatasi cabaran-cabaran yang diberi.Dan pada masa yang sama DIA juga memberikan kita ganjaran walaupun kita tidak sedar.
Ganjaran bukan sahaja berbentuk kewangan dan kesenangan dunia,tetapi kesihatan ,manusia yang sekeliling kita,yang mampu berikan kita input yang positif.Dan aku adalah salah seorang hamba yang masih perlukan pembimbing untuk ke jalanNYA.Bukannya aku tidak mampu untuk meneruskan cuma adakalanya aku kerap terkandas di dalam nafsu sendiri.Iya aku manusia ,manusia yang masih baru ,bagaikan bayi yang baru lahir melihat dunia.masih muda,rapuh,mentah dan ketika aku mendapat manfaat itu,Alhamdulillah aku mendapat pembimbing dari manusia yang baik.Dan kadang kala ia mermbuatkan aku terlalu berharap kepada mereka dan bukannya Allah s.w.t .Jadi kebergantungan kepada Allah makin berkurang dan aku akhirnya kurang sedar dan jatuh kepada bisikan nafsu lalu ,pengharapan kepada manusia terlalu tinggi dan tanpa aku sedar,Allah sedarkan aku supaya kembali bergantung kepadanya dan berikan kepercayaanNYA seratus peratus!! .
Baru aku sedar ,manusia yang bertindak sebagai orang yang mampu aku bertanya tentang kebaikkan adalah manusia dan aku berharap dan sentiasa waspada setiap kali aku bergantung kepada manusia.Bukan tidak boleh untuk aku atau kita bergantung kepada manusia tetapi ia perlukan "limit"atau tahap dimana Allah itu yang PENCIPTA alam dan manusia.Dia yang berhak kita sembah dan bergantung.Ujian yang diberikan ada datang dari kesukaan dan kesenangan dan pengakhiranya mungkin kecewa.Jadi DIA nak kita belajar dan apa yang kita dapat dari ujian yang kita dapat itu.pernah kita fikir begitu?tidak bukan ?aku sendiri tidak menyedari tetapi apabila aku mendapat ujian sebegini ,aku mula tanya kembali kepada hati ini,betulkah apa yang aku lakukan ini?Adakah aku dah terlebih memyayangi manusia ini?ini kah yang patut aku dapat apabila semua perkara diberikan ?patutkah aku berharap kepada manusia?jawapan nya aku harus percaya manusia hanya sementara ,begitu juga hati.Ada surah -surah di dalam Alquran yang dapat kita merujuk untuk jadikan pedoman dan semamgat.Fahami maksud setiap ayat pasti akan menitis air mata dalam hidup kita.Hati yang kosong bermula apabila kita tidak tahu bersyukur,tidak tahu erti nikmat Allah dan seterusnya lahir lah ketidak puasan hati kita.
Hati yang kosong kita boleh penuhkan atau isikan dengan zikir dan bacaan Al-Quran.Jika tidak mampu untuk membaca Al -Quran ,dah baik sangt kita mendengar dan kerap lah masuk ke rumah Allah.sesungguhnya syaitan itu akan terus menghasut kita hingga kiamat.Kekuatan kita yang menentukan kita ke arah mana.Semua pilihan ada pada kita,kita yang menentukan yang ter baik dalam hal kita sendiri.Berdampinglah dengan orang-orang yang baik supaya terus kita ke arah yang betul.Berkawanlah dengan orang yang kurang berpengetahuan supaya kita dapat penuhkan mereka dengan ilmu yang kita dapat dan kita dapat jadikan pengalaman mereka sebagai pedoman.Sharing is better .Ilmu harus disebarkan.Akhir kata ,Kebergantungan kepada Allah s.w.t adalah yang paling baik.Moga -moga kita dapat tahu dan faham erti kehidupan yang sementara.
#KETIKA AKU BERADA DI DALAM KESEDIHAN ATAU KEKOSONGAN MAHUPUN SITUASI YANG TERLALU MENCABAR. UNCLE AKU BERIKAN SESUATU DAN DIBAWAH INI DAN INI ADALAH PENGUBAT UNTUK HATI KITA YANG HAMPIR ROSAK.
Surah Ar Rahman
"PATUTKAH KITA TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU BERIKAN?? "
Wasalam
Rdzey Rahman
No comments:
Post a Comment