Wednesday, July 17, 2013

E.M.A.K

Ingat lagi di memori waktu kecil.Beberapa cerita  nostalgia bersama emak
Memori pertama : waktu kecil ,umur aku dalam 4 -5 tahun ,aku kerap tidur di dalam kain yg sama dipakai mak aku..orang panggil masuk dalam 'serongtong' kot..lepas tu mak peluk dodoikan..itu kenangan yang indah.dan still hisap susu badan..anak last katakan.. :)
Memori kedua: waktu usia 6 tahun ,aku ditadika kemas kampung padang kulim.setiap pagi dimandikan air yg sejuk mcm ais batu,tapi mak tak biarkan aku mengigil kesejukkan,mak jerang air panas ,disulami air sejuk,rasa suam sangt,lepas tu mak pakai kan bedak cina yg botol biru tu.muka dah jd mcm opera cina.penuh bedak.tpi masih comel.dan jarak rumah ke tadika tidak lah jauh,setiap pagi didukung ke tadika.dpt duit seringgit syiling emas ketika tu.tiap 2 hari dukung anak bongsu dia.itulah mak aku.kuatkan.
Memori ketiga : ketika umur aku dalam 9-10 tahun,aku pindah rumah,mak aku ketika tu menoreh getah.Setiap kali mak aku jual getah 'scrap' yang busuk tu ,mesti dapat makan sedap.ooo terlupa,rumah baru ,100% mak dan ayah aku buat sendiri..guna pasir sungai dkt rumah..setiap kali pergi ambil pasir,mak aku akan masukkan aku dalam kereta roda 3 ,sampai ja kt sungai ,aku akan mandi 5 minit sementara tunggu mak aku masukkan pasir dalam kereta tolak tu.setiap kali bawa pasir ,dalam 20 kg lebih.mak aku bawa kereta tolak tu.kuatkan mak aku.aku ikut mak aku dri blkng.jadi bodyguard.hebatkan mak aku.
Memori 4: bila ada musibah melanda ketika aku dpt tahu yg ayah aku buka cawangan baru,mak aku jadi sedih..sedih sangt..sabar dia tiada tandingan.lelaki dicinta ,tinggalkan anak bongsu dan isteri di rumah.setiap kali petang,mak akan tunggu depan pintu.menunggu seseorang.tabah dan sabar dia ,aku pon tidak mampu.itulah mak aku.
Memori kelima : bila usia meningkat remaja,hidup aku hanya dengan emak.aku dapat tawaran teknik.mak aku korbankan sesuatu yg berharga.tetapi aku ,terus hanyut dgn dunia remaja.masa aku keluar asrama,mak aku hanya dia.mungkin menyesal dapat anak macam aku.tapi mak aku masih sabar.masih senyum.
Memori keenam : bila aku mendapat sesuatu dari illahi,aku mula mengatur langkah..aku ambil spm dan dpt sambung bljar kolej,aku beritahu mak aku waktu dapat tawaran tu,tapi mak aku tak bg harapan.mungkin takut dikecewakan lagi.mak aku hanya diam.mungkin takut nk letakkan harapan.salah aku,aku tanggung.
Memori ketujuh : kini aku dah mula sambung impian ,dan mak aku sudah tidak kuat seperti dulu,sudah pakai pampers,sudah mula perwatakan anak-anak kecil,tubuh badan dia lemah,setiap kali masuk wad,berdebar jantung.ada ketika dia dimasukkan di ccu.bawah sikit dari icu kot.ketika tu ,aku rasa dunia ni makin kosong.andai mak aku pergi ketika tu,sempatkah aku balas semua jasa dia terhadap aku ? Mak aku .memang kuat.bukan kuat dari tenaga,tetapi semangt.mak aku sentiasa kuat melawan apa yg datang kepada dia.dari dulu sampai sekarang mak aku diuji.tetapi mak aku tetap kuat.aku pun tak mampu macam dia.
Memori kelapan : hari ini tahun 2013 ,mak aku dimasukan ke wad.tahun ini tahun paling hebat diduga .tapi mak aku tetap kuat.dan kali ini sakit dia perlukan perhatian anak-anak dia.inilah masa terbaik untuk aku balas kembali pengorbanan mak aku.
Aku hanya ada emak .dialah nyawa,dialah semangt ,tanpa dia mungkin aku tak jadi seperti sekarang.aku berdoa kepada illahi supaya mak diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dipermudahkan urusan.Sesiapa yg ada emak hargai lah,sesiapa yg tiada emak ,doakanlah dia disana.
Mak aku adalah AKU.

No comments:

Post a Comment